Followers

Thursday, 15 November 2012

[informasi] Manusia Berkulit Biru Misteri Atau Genetik


Hai..assalamualaikum..hari ini mahu share2 sikit pasal artikel yang terbaru ni :) peace yo!


Bagi sesetengah kepercayaan, kulit biru biasanya merujuk kepada sifat dewa. Misalnya, Dewa Khrisna dalam kepercayaan Hindu dan Dewa Mesir, Amon digambarkan berkulit biru. Entah bagaimana, ternyata manusia berkulit biru benar-benar wujud, seperti kisah berikut ini:

[informasi] Manusia Berkulit Biru Misteri Atau Genetik

Pada tahun 1820, seorang anak yatim piatu yang berasal dari Perancis bernama Martin Fugate mendapat tanah hibah di sebelah timur Kentucky, yang dikenal dengan nama Troublesome Creek.

Kemudian Martin mengahwini seorang wanita berasal dari Amerika, Elizabeth Smith, yang berambut merah dan berkulit sangat putih, seputih salji. Keluarga Fugate memiliki 7 anak, dan 4 di antaranya berkulit biru.
Keluarga ini bertambah jumlahnya, kerana sesama anggota keluarga Fugate berkahwin antara satu sama lain. Perkahwinan antara sepupu kerap terjadi, keluarga Fugate juga berkahwin dengan keluarga-keluarga tetangga mereka.

Anak-anak Martin yang berkulit biru akhirnya berkahwin dengan saudara dari Ibu mereka. Zachariah, seorang anak berkulit biru, berkahwin dengan saudara kandung si Ibu, dan menghasilkan kombinasi gen yang 100 tahun kemudian menjadi penyebab kelahiran Benjy Stacy dengan warna kulit biru-keunguan!

Ketika doktor keluarga hairan melihat keadaan Benjy, mereka dijelaskan mengenai kisah nenek moyang Benjy, iaitu Luna Fugate. Keluarga mengatakan, Luna adalah perempuan yang “sangat biru”“perempuan terbiru yang pernah ada”.


Mengapa Berkulit Biru?



Kelainan ini disebut methaemoglobinaemia – atau singkatnya: met-H, kondisi yang mengurangi kemampuan membawa oksigen dalam darah. Akibatnya, darah menjadi lebih gelap dari warna yang normal. Kes pada Keluarga Fugate dimungkinkan kerana berkahwin dengan tetangga dan kerabat dekat yang menyebabkan kelainan genetik ini berlanjutan.

No comments:

Post a Comment